Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H )
Nama beliau
ialah Muhammad bin Idris bin Al-‘Abbas bin ‘Uthman bin Shafi’ bin Al-Saib bin
‘Ubaid bin Yazid bin Hashim bin ‘Abd al-Muttalib bin ’Abd Manaf bin Ma’n bin
Kilab bin Murrah bin Lu’i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin
Al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin
Ilias bin Al-Nadr bin Nizar bin Ma’d bin ‘Adnan bin Ud bin Udad. Keturunan
beliau bertemu dengan titisan keturunan Rasulullah s.a.w pada ‘Abd Manaf.
Ibunya berasal dari Kabilah Al-Azd, satu kabilah Yaman yang masyhur
.
Penghijrahan
ke Palestina
Sebelum
beliau dilahirkan, keluarganya telah berpindah ke Palestina kerana beberapa
keperluan dan bapanya terlibat di dalam angkatan tentera yang ditugaskan untuk
mengawal perbatasan Islam di sana.
Kelahiran dan
Kehidupannya
Menurut
pendapat yang masyhur, beliau dilahirkan di Ghazzah – Palestina pada tahun 150
Hijrah. Tidak lama sesudah beliau dilahirkan bapanya meninggal dunia. Tinggallah
beliau bersama-sama ibunya sebagai seorang anak yatim. Kehidupan masa kecilnya
dilalui dengan serba kekurangan dan kesulitan.
PENGEMBARAAN
IMAM AL-SHAFI’I
Hidup Imam
As-Shafi’i (150H – 204H ) merupakan satu siri pengembaraan yang tersusun di
dalam bentuk yang sungguh menarik dan amat berkesan terhadap pembentukan
kriteria ilmiah dan popularitasnya.
Al-Shafi’i di
Makkah ( 152H – 164H )
Pengembaraan
beliau bermula sejak beliau berumur dua tahun lagi (152H), ketika itu beliau
dibawa oleh ibunya berpindah dari tempat kelahirannya iaitu dari Ghazzah,
Palestina ke Kota Makkah untuk hidup bersama kaum keluarganya di sana.
Di kota
Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar ke perkampungan Bani
Huzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika itu bahawa penghantaran anak-anak
muda mereka ke perkampungan tersebut dapat mewarisi kemahiran bahasa ibunda
mereka dari sumber asalnya yang belum lagi terpengaruh dengan integrasi
bahasa-bahasa asing seperti bahasa Parsi dan sebagainya. Satu perkara lagi
adalah supaya pemuda mereka dapat dibekalkan dengan Al-Furusiyyah (Latihan
Perang Berkuda). Kehidupan beliau di peringkat ini mengambil masa dua belas
tahun ( 152 – 164H ).
Sebagai hasil
dari usahanya, beliau telah mahir dalam ilmu bahasa dan sejarah di samping
ilmu-ilmu yang berhubung dengan Al-Quran dan Al-Hadith. Selepas pulang dari
perkampungan itu beliau meneruskan usaha pembelajarannya dengan beberapa
mahaguru di Kota Makkah sehingga beliau menjadi terkenal. Dengan kecerdikan dan
kemampuan ilmiahnya beliau telah dapat menarik perhatian seorang mahagurunya
iaitu Muslim bin Khalid Al-Zinji yang mengizinkannya untuk berfatwa sedangkan
umur beliau masih lagi di peringkat remaja iaitu lima belas tahun.
Sesudah itu
beliau berpindah ke Madinah dan menemui Imam Malik. Beliau berdamping dengan
Imam Malik di samping mempelajari ilmunya sehinggalah Imam Malik wafat pada
tahun 179H, iaitu selama lima belas tahun. Semasa beliau bersama Imam Malik
hubungan beliau dengan ulama-ulama lain yang menetap di kota itu dan juga yang
datang dari luar berjalan dengan baik dan berfaedah. Dari sini dapatlah
difahami bahawa beliau semasa di Madinah telah dapat mewarisi ilmu bukan saja
dari Imam Malik tetapi juga dari ulama-ulama lain yang terkenal di kota itu.
Al-Shafi’i di
Yaman ( 179H – 184H )
Ketika Imam
Malik wafat pada tahun 179H, kota Madinah diziarahi oleh Gabenor Yaman. Beliau
telah dicadangkan oleh sebahagian orang-orang Qurasyh Al-Madinah supaya mencari
pekerjaan bagi Al-Shafi’i. Lalu beliau melantiknya menjalankan satu pekerjaan
di wilayah Najran. Sejak itu Al-Shafi’i terus menetap di Yaman sehingga berlaku
pertukaran Gabenor wilayah itu pada tahun 184H. Pada tahun itu satu fitnah
ditimbulkan terhadap diri Al-Shafi’i sehingga beliau dihadapkan ke hadapan
Harun Al-Rashid di Baghdad atas tuduhan Gabenor baru itu yang sering menerima
kecaman Al-Shafi’i kerana kekejaman dan kezalimannya. Tetapi ternyata bahawa
beliau tidak bersalah dan kemudiannya beliau dibebaskan.
Al-Shafi’i di
Baghdad ( 184H – 186H )
Peristiwa itu
walaupun secara kebetulan, tetapi membawa arti yang amat besar kepada
Al-Shafi’i kerana pertamanya, ia berpeluang menziarahi kota Baghdad yang
terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dan para ilmuan pada ketika itu.
Keduanya, ia berpeluang bertemu dengan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani,
seorang tokoh Mazhab Hanafi dan sahabat karib Imam Abu Hanifah dan lain-lain
tokoh di dalam Mazhab Ahl al-Ra’y. Dengan peristiwa itu terbukalah satu era
baru dalam siri pengembaraan Al-Imam ke kota Baghdad yang dikatakan berlaku
sebanyak tiga kali sebelum beliau berpindah ke Mesir.
Dalam
pengembaraan pertama ini Al-Shafi’i tinggal di kota Baghdad sehingga tahun
186H. Selama masa ini (184 – 186H) beliau sempat membaca kitab-kitab Mazhab Ahl
al-Ra’y dan mempelajarinya, terutamanya hasil tulisan Muhammad bin Al-Hassan
Al-Shaibani, di samping membincanginya di dalam beberapa perdebatan ilmiah di
hadapan Harun Al-Rashid sendiri.
Al-Shafi’i di
Makkah ( 186H – 195H )
Pada tahun
186H, Al-Shafi’i pulang ke Makkah membawa bersamanya hasil usahanya di Yaman
dan Iraq dan beliau terus melibatkan dirinya di bidang pengajaran. Dari sini
muncullah satu bintang baru yang berkerdipan di ruang langit Makkah membawa
satu nafas baru di bidang fiqah, satu nafas yang bukan Hijazi, dan bukan pula
Iraqi dan Yamani, tetapi ia adalah gabungan dari ke semua aliran itu. Sejak itu
menurut pendapat setengah ulama, lahirlah satu Mazhab Fiqhi yang baru yang
kemudiannya dikenali dengan Mazhab Al-Shafi’i.
Selama
sembilan tahun (186 – 195H) Al-Shafi’i menghabiskan masanya di kota suci Makkah
bersama-sama para ilmuan lainnya, membahas, mengajar, mengkaji di samping
berusaha untuk melahirkan satu intisari dari beberapa aliran dan juga persoalan
yang sering bertentangan yang beliau temui selama masa itu.
Al-Shafi’i di
Baghdad ( 195H – 197H
Dalam tahun
195H, untuk kali keduanya Al-Shafi’i berangkat ke kota Baghdad.
Keberangkatannya kali ini tidak lagi sebagai seorang yang tertuduh, tetapi
sebagai seorang alim Makkah yang sudah mempunyai personalitas dan aliran fiqah
yang tersendiri. Catatan perpindahan kali ini menunjukkan bahawa beliau telah
menetap di negara itu selama dua tahun (195 – 197H).
Di dalam masa
yang singkat ini beliau berjaya menyebarkan “Method Usuli” yang berbeza dari
apa yang dikenali pada ketika itu. Penyebaran ini sudah tentu menimbulkan satu
respon dan reaksi yang luarbiasa di kalangan para ilmuan yang kebanyakannya
adalah terpengaruh dengan method Mazhab Hanafi yang disebarkan oleh tokoh utama
Mazhab itu, iaitu Muhammad bin Al-Hasan Al-Shaibani.
Kata
Al-Karabisi : “Kami sebelum ini tidak kenal apakah (istilah) Al-Kitab, Al-
Sunnah dan Al-Ijma’, sehinggalah datangnya Al-Shafi’i, beliaulah yang
menerangkan maksud Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ijma’”.
Kata Abu
Thaur : “Kata Al-Shafi’i : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyebut (di dalam
kitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang umum tetapi Ia menghendaki maksudnya
yang khas, dan Ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas tetapi Ia
menghendaki maksudnya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum lagi
mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami tanyakan beliau …”
Pada masa itu
juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama atas permintaan
‘Abdul Rahman bin Mahdi, dan juga beberapa penulisan lain dalam bidang fiqah
dan lain-lain.
Al-Shafi’i di
Makkah dan Mesir ( 197H – 204H )
Sesudah dua
tahun berada di Baghdad (197H) beliau kembali ke Makkah. Pada tahun 198H,
beliau keluar semula ke Baghdad dan tinggal di sana hanya beberapa bulan
sahaja. Pada awal tahun 199H, beliau berangkat ke Mesir dan sampai ke negara
itu dalam tahun itu juga. Di negara baru ini beliau menetap sehingga ke akhir
hayatnya pada tahun 204H.
Imam
As-Shafi’i wafat pada tahun 204H. Asas Fiqih dan Ushul Fiqih kemudian disebar
dan diusaha-kembangkan oleh para sahabatnya yang berada di Al-Hijaz, Iraq dan
Mesir.
Imam Syafi’i
r.a. (150H – 204H )
FATWA-FATWA
IMAM AL-SHAFI’I
Perpindahan
beliau ke Mesir mengakibatkan satu perubahan besar dalam Mazhabnya. Kesan
perubahan ini melibatkan banyak fatwanya semasa beliau di Baghdad turut sama
berubah. Banyak kandungan kitab-kitab fiqahnya yang beliau hasilkan di Baghdad
disemak semula dan diubah. Dengan ini terdapat dua fatwa bagi As-Shafi’i, fatwa
lama dan fatwa barunya. Fatwa lamanya ialah segala fatwa yang diucapkan atau
ditulisnya semasa beliau berada di Iraq, fatwa barunya ialah fatwa yang
diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di Mesir. Kadang-kadang
dipanggil fatwa lamanya dengan Mazhabnya yang lama atau Qaul Qadim dan fatwa
barunya dinamakan dengan Mazhab barunya atau Qaul Jadid.
Di sini harus
kita fahami bahawa tidak kesemua fatwa barunya menyalahi fatwa lamanya dan
tidak pula kesemua fatwa lamanya dibatalkannya, malahan ada di antara fatwa
barunya yang menyalahi fatwa lamanya dan ada juga yang bersamaan dengan yang
lama. Kata Imam Al-Nawawi : “Sebenarnya sebab dikatakan kesemua fatwa lamanya
itu ditarik kembali dan tidak diamalkannya hanyalah berdasarkan kepada
ghalibnya sahaja”.
PARA SAHABAT
IMAM AL-SHAFI’I
Di antara
para sahabat Imam Al-Shafi’i yang terkenal di Al-Hijaz (Makkah dan Al-Madinah)
ialah :-
· Abu Bakar Al-Hamidi, ‘Abdullah bun
Al-Zubair Al-Makki yang wafat pada tahun 219H.
· Abu Wahid Musa bin ‘Ali Al-Jarud
Al-Makki yang banyak menyalin kitab-kitab Al-Shafi’i. Tidak diketahui tarikh
wafatnya.
· Abu Ishak Ibrahim bin Muhammad bin
Al-‘Abbasi bin ‘Uthman bin Shafi ‘Al-Muttalibi yang wafat pada tahun 237H.
· Abu Bakar Muhammad bin Idris yang tidak
diketahui tarikh wafatnya.
Sementara di
Iraq pula kita menemui ramai para sahabat Imam Al-Shafi’i yang terkenal, di
antara mereka ialah :-
· Abu ‘Abdullah Ahmad bin Hanbal, Imam
Mazhab yang keempat. Beliau wafat pada tahun 241
· Abu ‘Ali Al-Hasan bin Muhammad
Al-Za’farani yang wafat pada tahun 249H.
Abu Thaur
Ibrahim bin Khalid Al-Kalbi yang wafat pada tahun 240H.
· Al-Harith bin Suraij Al-Naqqal, Abu
‘Umar. Beliau wafat pada tahun 236H
· .Abu ‘Ali Al-Husain bin ‘Ali
Al-Karabisi yang wafat pada tahun 245H.
· Abu ‘Abdul RahmanAhmad bin Yahya
Al-Mutakallim. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
· Abu Zaid ‘Abdul Hamid bin Al-Walid
Al-Misri yang wafat pada tahun 211H.
Al-Husain
Al-Qallas. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
· ‘Abdul ‘Aziz bin Yahya Al-Kannani yang
wafat pada tahun 240H.
· ‘Ali bin ‘Abdullah Al-Mudaiyini.
Di Mesir pula
terdapat sebilangan tokoh ulama yang kesemua mereka adalah sahabat Imam
Al-Shafi’i, seperti :-
· Abu Ibrahim Isma’il bin Yahya bin ‘Amru
bin Ishak Al-Mudhani yang wafat pada tahun 264H.
· Abu Muhammad Al-Rabi’ bin Sulaiman
Al-Muradi yang wafat pada tahun .
· Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya Al-Misri
Al-Buwaiti yang wafat pada tahun 232H.
· Abu Najib Harmalah bin Yahya Al-Tajibi
yang wafat pada tahun 243H.
· Abu Musa Yunus bin ‘Abdul A’la
Al-Sadaghi yang wafat pada tahun 264H.
· Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Abdullah
bin ‘Abdul Hakam Al-Misri yang wafat pada tahun 268H.
· Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Jizi yang wafat
pada tahun 256H.
Dari usaha
gigih mereka, Mazhab Al-Shafi’i tersebar dan berkembang luas di seluruh rantau
Islam di zaman-zaman berikutnya.
PERKEMBANGAN
MAZHAB IMAM AL-SHAFI’I
Menurut Ibn
Al-Subki bahawa Mazhab Al-Shafi’I telah berkembang dan menjalar pengaruhnya di
merata-rata tempat, di kota dan di desa, di seluruh rantau negara Islam.
Pengikut-pengikutnya terdapat di Iraq dan kawasan-kawasan sekitarnya, di
Naisabur, Khurasan, Muru, Syria, Mesir, Yaman, Hijaz, Iran dan di negara-negara
timur lainnya hingga ke India dan sempadan negara China. Penyebaran yang
sebegini meluas setidak-tidaknya membayangkan kepada kita sejauh mana
kewibawaan peribadi Imam Al-Shafi’i sebagai seorang tokoh ulama dan keunggulan
Mazhabnya sebagai satu-satunya aliran fiqah yang mencabar aliran zamannya.
Imam Syafi’i
r.a. (150H – 204H )
IMAM
AL-SHAFI’I DAN KITABNYA
Permulaan
Mazhabnya
Sebenarnya penulisan Imam Al-Shafi’i secara umumnya mempunyai pertalian
yang rapat dengan pembentukan Mazhabnya. Menurut Muhammad Abu Zahrah bahawa
pembentukan Mazhabnya hanya bermula sejak sekembalinya dari kunjungan ke
Baghdad pada tahun 186H. Sebelum itu Al-Shafi’i adalah salah seorang pengikut
Imam Malik yang sering mempertahankan pendapatnya dan juga pendapat fuqaha’ Al-Madinah
lainnya dari kecaman dan kritikan fuqaha’ Ahl Al-Ra’y. Sikapnya yang sebegini
meyebabkan beliau terkenal dengan panggilan “Nasir Al-Hadith”.
Detik terawal
Mazhabnya bermula apabila beliau membuka tempat pengajarannya (halqah) di
Masjid Al-Haram. Usaha beliau dalam memperkembangkan Mazhabnya itu bolehlah
dibahagikan kepada tiga peringkat :-
• Peringkat Makkah (186 – 195H)
• Peringkat Baghdad (195 – 197H)
• Peringkat Mesir (199 – 204H)
Dalam setiap
peringkat diatas beliau mempunyai ramai murid dan para pengikut yang telah
menerima dan menyebar segala pendapat ijtihad dan juga hasil kajiannya.
Penulisan
Pertamanya
Memang agak
sulit untuk menentukan apakah kitab pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i dan
di mana dan selanjutnya apakah kitab pertama yang dihasilkannya dalam Ilmu
Fiqah dan di mana? Kesulitan ini adalah berpunca dari tidak adanya keterangan
yang jelas mengenai kedua-dua perkara tersebut. Pengembaraannya dari satu
tempat ke satu tempat yang lain dan pulangnya semula ke tempat awalnya tambah
menyulitkan lagi untuk kita menentukan di tempat mana beliau mulakan usaha
penulisannya.
Apa yang kita
temui – sesudah kita menyemak beberapa buah kitab lama dan baru yang menyentuh
sejarah hidupnya, hanya beberapa tanda yang menunjukkan bahawa kitabnya
“Al-Risalah” adalah ditulis atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, iaitu
sebuah kitab di dalam Ilmu Usul, pun keterangan ini tidak juga menyebut apakah
kitab ini merupakan hasil penulisannya yang pertama atau sebelumnya sudah ada
kitab lain yang dihasilkannya. Di samping adanya pertelingkahan pendapat di
kalangan ‘ulama berhubung dengan tempat di mana beliau menghasilkan penulisan
kitabnya itu. Ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya sewaktu
beliau berada di Makkah dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa beliau
menulisnya ketika berada di Iraq.
Kata Ahmad
Muhammad Shakir : “Al-Shafi’I telah mengarang beberapa buah kitab yang
jumlahnya agak besar, sebahagiannya beliau sendiri yang menulisnya, lalu
dibacakannya kepada orang ramai. Sebahagiannya pula beliau merencanakannya
sahaja kepada para sahabatnya. Untuk mengira bilangan kitab-kitabnya itu
memanglah sukar kerana sebahagian besarnya telahpun hilang. Kitab-kitab itu
telah dihasilkan penulisannya ketika beliau berada di Makkah, di Baghdad dan di
Mesir”.
Kalaulah
keterangan di atas boleh dipertanggungjawabkan maka dapatlah kita membuat satu
kesimpulan bahawa Al-Shafi’i telah memulakan siri penulisannya sewaktu beliau
di Makkah lagi, dan kemungkinan kitabnya yang pertama yang dihasilkannya ialah
kitab “Al-Risalah”.
Al-Hujjah Dan
Kitab-kitab Mazhab Qadim
Di
samping “Al-Risalah” terdapat sebuah kitab lagi yang sering disebut-sebut oleh
para ulama sebagai sebuah kitab yang mengandungi fatwa Mazhab Qadimnya iaitu
“Al-Hujjah”. Pun keterangan mengenai kitab ini tidak menunjukkan bahawa ia
adalah kitab pertama yang di tulis di dala bidang Ilmu Fiqah semasa beliau
berada di Iraq, dan masa penulisannya pun tidak begitu jelas. Menurut beberapa
keterangan, beliau menghasilkannya sewaktu beliau berpindah ke negara itu pada
kali keduanya, iaitu di antara tahun-tahun 195 – 197H.
Bersama-sama
“Al-Hujjah” itu terdapat beberapa buah kitab lain di dalam Ilmu Fiqah yang
beliau hasilkan sendiri penulisannya atau beliau rs
penulisannya
atau beliau
merencanakannya kepada para sahabatnya di
Iraq, antaranya seperti kitab-kitab berikut :
Imam Syafi’i
r.a. (150H – 204H )
Kitab-kitab
Mazhab Jadid
Di antara
kitab-kitab yang beliau hasilkan penulisannya di Mesir atau beliau merencanakannya
kepada para sahabatnya di sana ialah :-
i.
Al-Risalah. Kitab ini telah ditulis buat pertama kalinya sebelum beliau
berpindah ke Mesir.
ii. Beberapa
buah kitab di dalam hukum-hukum furu’ yang terkandung di dalam kitab “Al-Um”,
seperti :-
a) Di dalam
bab Taharah :
1. Kitab
al-Wudu’
2. Kitab
al-Tayammum
3. Kitab
al-Taharah
4. Kitab
Masalah al-Mani
5. Kitab
al-Haid
B) Di dalam
bab Solah :
6. Kitab
Istiqbal al-Qiblah
7. Kitab
al-Imamah
8. Kitab
al-Jum’ah
9. Kitab
Solat al-Khauf
10. Kitab
Solat al-‘Aidain
11. Kitab
al-Khusuf
12. Kitab
al-Istisqa’
13. Kitab
Solat al-Tatawu’
14. Al-Hukm
fi Tarik al-Solah
15. Kitab
al-Jana’iz
16. Kitab
Ghasl al-Mayyit
c) Di dalam
bab Zakat :
17. Kitab
al-Zakah
18. Kitab
Zakat Mal al-Yatim
19. Kitab
Zakat al-Fitr
20. Kitab
Fard al-Zakah
21. Kitab
Qasm al-Sadaqat
d) Di dalam
bab Siyam (Puasa) :
22. Kitab
al-Siyam al-Kabir
23. Kitab
Saum al-Tatawu’
24. Kitab
al-I’tikaf
e) Di dalam
bab Haji :
25. Kitab
al-Manasik al-Kabir
26. Mukhtasar
al-Haj al-Kabir
27. Mukhtasar
al-Haj al-Saghir
f) Di dalam
bab Mu’amalat :
28. Kitab
al-Buyu’
29. Kitab
al-Sarf
30. Kitab
al-Salam
31. Kitab
al-Rahn al-Kabir
32. Kitab
al-Rahn al-Saghir
33. Kitab
al-Taflis
34. Kitab
al-Hajr wa Bulugh al-Saghir
35. Kitab
al-Sulh
36. Kitab
al-Istihqaq
37. Kitab
al-Himalah wa al-Kafalah
38. Kitab
al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah
39. Kitab
al-Iqrar wa al-Mawahib
40. Kitab
al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir
41. Kitab
al-Iqrar al-Akh bi Akhihi
42. Kitab al-‘Ariah
43. Kitab
al-Ghasb
44. Kitab
al-Shaf’ah
g) Di dalam
bab Ijarat (Sewa-menyewa) :
45. Kitab
al-Ijarah
46. Kitab
al-Ausat fi al-Ijarah
47. Kitab
al-Kara’ wa al-Ijarat
48. Ikhtilaf
al-Ajir wa al-Musta’jir
49. Kitab
Kara’ al-Ard
50. Kara’
al-Dawab
51. Kitab
al-Muzara’ah
52. Kitab
al-Musaqah
53. Kitab
al-Qirad
54. Kitab
‘Imarat al-Aradin wa Ihya’ al-Mawat
h) Di dalam
bab ‘Ataya (Hadiah-menghadiah) :
55. Kitab
al-Mawahib
56. Kitab
al-Ahbas
57. Kitab
al-‘Umra wa al-Ruqba
i) Di dalam
bab Wasaya (Wasiat) :
58. Kitab
al-Wasiat li al-Warith
59. Kitab
al-Wasaya fi al-‘Itq
60. Kitab
Taghyir al-Wasiah
61. Kitab
Sadaqat al-Hay’an al-Mayyit
62. Kitab
Wasiyat al-Hamil
j) Di dalam
bab Faraid dan lain-lain :
63. Kitab
al-Mawarith
64. Kitab al-Wadi’ah
65. Kitab
al-Luqatah
66. Kitab
al-Laqit
k) Di dalam
bab Nikah :
67. Kitab
al-Ta’rid bi al-Khitbah
68. Kitab
Tahrim al-Jam’i
69. Kitab
al-Shighar
70. Kitab
al-Sadaq
71. Kitab
al-Walimah
72. Kitab
al-Qism
73. Kitab
Ibahat al-Talaq
74. Kitab
al-Raj’ah
75. Kitab
al-Khulu’ wa al-Nushuz
76. Kitab
al-Ila’
77. Kitab
al-Zihar
78. Kitab
al-Li’an
79. Kitab
al-‘Adad
80. Kitab
al-Istibra’
81. Kitab
al-Rada’
82. Kitab
al-Nafaqat
l) Di dalam
bab Jirah (Jenayah) :
83. Kitab
Jirah al-‘Amd
84. Kitab
Jirah al-Khata’ wa al-Diyat
85. Kitab
Istidam al-Safinatain
86.
Al-Jinayat ‘ala al-Janin
87.
Al-Jinayat ‘ala al-Walad
88. Khata’
al-Tabib
89. Jinayat
al-Mu’allim
90. Jinayat
al-Baitar wa al-Hujjam
91. Kitab
al-Qasamah
92. Saul
al-Fuhl
m) Di dalam
bab Hudud :
93. Kitab
al-Hudud
94. Kitab
al-Qat’u fi al-Sariqah
95. Qutta’
al-Tariq
96. Sifat
al-Nafy
97. Kitab
al-Murtad al-Kabir
98. Kitab
al-Murtad al-Saghir
99. Al-Hukm
fi al-Sahir
100. Kitab
Qital ahl al-Baghy
n) Di dalam
bab Siar dan Jihad :
101. Kitab
al-Jizyah
102. Kitab
al-Rad ‘ala Siyar al-Auza’i
103. Kitab
al-Rad ‘ala Siyar al-Waqidi
104. Kitab
Qital al-Mushrikin
105. Kitab
al-Asara wa al-Ghulul
106. Kitab
al-Sabq wa al-Ramy
107. Kitab
Qasm al-Fai’ wa al-Ghanimah
o) Di dalam
bab At’imah (Makan-makanan) :
108. Kitab
al-Ta’am wa al-Sharab
109. Kitab
al-Dahaya al-Kabir
110. Kitab
al-Dahaya al-Saghir
111. Kitab
al-Said wa al-Dhabaih
112. Kitab
Dhabaih Bani Israil
113. Kitab
al-Ashribah
p) Di dalam
bab Qadaya (Kehakiman) :
114. Kitab
Adab al-Qadi
115. Kitab
al-Shahadat
116. Kitab
al-Qada’ bi al-Yamin ma’a al-Shahid
117. Kitab
al-Da’wa wa al-Bayyinat
118. Kitab
al-Aqdiah
119. Kitab
al-Aiman wa al-Nudhur
q) Di dalam
bab ‘Itq (Pembebasan) dan lain-lain :
120. Kitab
al-‘Itq
121. Kitab
al-Qur’ah
122. Kitab
al-Bahirah wa al-Sa’ibah
123. Kitab
al-Wala’ wa al-Half
124. Kitab
al-Wala’ al-Saghir
125. Kitab
al-Mudabbir
126. Kitab
al-Mukatab
127. Kitab
‘Itq Ummahat al-Aulad
128. Kitab
al-Shurut
Di samping
kitab-kitab di atas ada lagi kitab-kitab lain yang disenaraikan oleh al-Baihaqi
sebagai kitab-kitab usul, tetapi ia juga mengandungi hukum-hukum furu’, seperti
:-
1. Kitab
Ikhtilaf al-Ahadith
2. Kitab
Jima’ al-Ilm
3. Kitab
Ibtal al-Istihsan
4. Kitan
Ahkam al-Qur’an
5. Kitab
Bayan Fard al-Lah, ‘Azza wa Jalla
6. Kitab
Sifat al-Amr wa al-Nahy
7. Kitab
Ikhtilaf Malik wa al-Shafi’i
8. Kitab
Ikhtilaf al-‘Iraqiyin
9. Kitab
al-Rad ‘ala Muhammad bin al-Hasan
10. Kitab
‘Ali wa ‘Abdullah
11. Kitab
Fada’il Quraysh
Ada sebuah
lagi kitab al-Shafi’i yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah iaitu “al-Mabsut”.
Kitab ini diperkenalkan oleh al-Baihaqi dan beliau menamakannya dengan
“al-Mukhtasar al-Kabir wa al-Manthurat
Imam Syafi’i
r.a. (150H – 204H )VII
Sahabat dan
murid-murid Beliau
Ar Rabi’i bin
Sulaiman al Muradi (174 – 270 H)
Beliau ini
adalah murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl., dibawa dari Bagdad sampai ke
Mesir. lahir tahun 174H. (wafat tahun 270 H.).
Beliau inilah
yang membantu Imam Syafi’i Rhl. menulis kitabnya Al Umm dan kitab Ushul Fiqih
yang pertama di dunia, yaitu Kitab Risalah al Jadidah.
Berkata
Muhammad bin Hamdan : “Saya datang ke rumah Rabi’I pada suatu hari, di mana
didapati di hadapan rumahnya 700 kendaraan membawa orang yang datang mempelaja,ri
kitab Syafi’i dari beliau”.
Ini suatu
bukti bahwa Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi adalah seorang yang utama, penyiar
dan penyebar Madzhab Syafi’i Rhl. dalam abad-abadnya yang pertama.
Tersebut
dalam kitab Al Majmu’ halaman 70, kalau ada perkataan “sahabat kita ar Rabi’i”
maka maksudnya adalah Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi ini.
Di dalam
kitab Al Muhadzab tidak ada “Ar Rabi’i selain ar Rabi’i ini, kecuali satu Ar
Rabi’i dalam masalah menyamak kulit yang bukan Ar Rabi’i ini, tetapi Ar Rabi’i
bin Sulaiman al Jizi. (Beliau ini adalah sahabat Imam Syafi’i Rhl. juga).
Al Muzany
(175 – 264 H)
Nama lengkap
beliau adalah Imam Abu lbrahim Ismail bin Yatya Al Muzani, lahir di Mesir 175 H
dan 25 tahun lebih muda dari Imam Syafi’i Rhl.
Imam Syafi’i
Rhl. pernah berkata tentang sahabatnya ini, bahwa Al Muzani adalah pembela
Madzhabnya.
Setelah Imam
al Buwaithi ditangkap maka al Muzany menggantikan kedudukannya dalam halakah
Imam syafi’i itu sampai beliau wafat pada tahun 264 H. (60 tahun terkemudian
dari Imam Syafi’ i Rhl.).
Beliau adalah
seorang ulama yang saleh, zuhud dan rendah hati. Beliau banyak mengarang kitab
fiqih Syafi’ iyah, seumpama :
l. Al Jami’
al Kabir.
2. Al Jami’
as Shagir.
3. Al
Mukhtashar.
4. Al
Mantsur.
5. At Targib
til trmu
6. Kitabul
Watsaiq.
7. Al Masail
al Mu’tabarah.
8. Dan
lain-lain.
Al Humaidi
(wafat 219H)
Nama langkap
beliau adalah Abdullah bin Zuber bin Isa Abu Bakar al Humaidi. Beliau adalah
juga murid langsung dari Iman Syafi’i Rahimahullah.
Beliaulah
yang membawa dan mengembangkan Madzhab Syafi’i ketika di Mekkah, sehingga
beliau diangkat menjadi Mufti Mekkah. Wafat di Mekkah pada tahun 219 H.
Inilah di
antaranya murid-murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl. yang kemudian menjadi
Ulama Besar dan tetap teguh memegang Madzhab Syafi’i.
Dengan
perantaraan beliau-beliau inilah Madzhab Syafi’i tersiar luas ke
pelosok-pelosok dunia Islam terutama ke bagian Timur dari Hijaz, yaitu ke lraq,
ke Khurasan, ke Maawara an Nahr, ke Adzerbaijan, ke Tabristan, juga ke Sind, ke
Afganistan, ke India, ke Yaman dan terus ke Hadaramaut, ke Pakistan, India dan Indonesia.
Beliau-beliau
ini menyiarkan Madzhab Syafi’i dengan lisan dan tulisan. Selain dari itu ada
dua orang murid Imam Syafi’i Rhl., yaitu Ahmad bin Hanbal, (wafat 241) yang
kemudian ternyata membentuk madzhab sendiri yang kemudian dikenal dengan nama
Madzhab Hanbali. Yang kedua Syeikh Muhammad bin Abdul Hakam, seorang Ulama
murid langsung dari Imain Syafi’i Rhl. yang ilmunya tidak kalah dari al
Buwaithi. Beliau ini pada akhir umurnya berpindah ke Madzhab Maliki dan wafat
dalam tahun 268 H. di Mesir.
Nama iengkap
beliau adalah Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya al Buwaithi, lahir di desa Buwaith
(Mesir) wafat 231 H.
Beliau ini
adalah murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl sederajat dengan Ar Rabi’i bin
Sulaiman al Muradi.
Imam Syafi’i
berkata: “Tidak seorang juga yang lebih berhak atas kedudukanku melebihi dari
Yusuf bin Yahya al Buwaithi”, dan Imam Syafi’i Rhl. berwasiat, manakala beliau
wafat maka yang akan menggantikan kedudukan beliau sebagai pengajar adalah Al
Buwaithi ini.
Beliau
menggantikan Imam Syafi’i Rhl. berpuluh tahun dan pada akhir umur beliau
ditangkap lantaran persoalan “fitnah Quran”, yaitu tentang makhluk atau
tidaknya Quran yang digerakkan oleh kaum Mu’tazilah.
Akhirnya al
Buwaithi ditangkap oleh Khalifah yang pro faham Mu’tazilah, lalu dibawa dengan
ikatan rantai pada tubuhnya ke Bagdad. Beliau meninggal dalam penjara di Bagdad
tahun 231 H.
Beliau syahid
karena mempertahankan kepercayaan dan i’itiqad beliau, yaitu i’tiqad kaum
ahlussunnah wal Jama’ah yang mempercayai bahwa Quran itu adalah kalam Allah
yang Qadim, bukan “ciptaan Allah”, (makhluk).
Al Asy’ari
(250 – 324 H)
Nama lengkap
beliau adalah ‘Ali bin Isma’il bin Abi Basyar Abul Hasan al Asy’ari, lahir
tahun 250 H. di Basrah (Iraq).
Inilah Ulama
besar dalam Ilmu Usuluddin, perumus dan pembela faham Ahlussunnah wal Jama’ah,
yaitu faham Nabi, sahabat-sahabat dan tabi’in yang banyak.
Dalam furu’
syari’at beliau pnganut yang kuat dari Madzhab Syafi’i. Beliau belajar fiqih
kepada Abu Ishaq al Marwadzi, demikian dikatakan oleh Ustadz Abu Bakar bin
Furak pengarang kitab Tabaqatul Mutakallimin, dan demikian juga dikatakan oleh
Ustadz Abu Ishaq al Arfaraini sebagai yang dinukilkan oleh Syeikh Abu Muhammad
al Junaidi dalam kitab Syarah Risalah.
Abu Hasan al
Asy’ari adalah seorang Ulama Besar, ikutan ratusan juta umat Islam dari dulu
sampai sekarang, karena beliau yang menjadi Imam kaum Ahlussunnah wal Jama’ah
sebagai lawan dari kaum Mu’tazilah, kaum Syi’ah, kau’m Mujassimah, dan
lain-lain firqah yang sesat.
Walaupun
beliau seorang Imam Besar dalam usuluddin, tetapi dalam furu’ syari’at
beliau menganut dan mempertahankan
Madzhab Syafi’i Rahimahullah
Kisah Imam
Syafii Ke-8
Sahabat,
murid-murid dan pengikut mazhab Beliau
Imam Syafi’i
r.a. (150H – 204H )KE-8
Ar Rabi’i
bin Sulaiman al Muradi (174 – 270 H)
Beliau ini adalah murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl., dibawa dari
Bagdad sampai ke Mesir. lahir tahun 174H. (wafat tahun 270 H.).
Beliau inilah
yang membantu Imam Syafi’i Rhl. menulis kitabnya Al Umm dan kitab Ushul Fiqih
yang pertama di dunia, yaitu Kitab Risalah al Jadidah.
Berkata
Muhammad bin Hamdan : “Saya datang ke rumah Rabi’i
pada suatu
hari, di mana didapati di hadapan rumahnya 700 kendaraan membawa orang yang
datang mempelaja,ri kitab Syafi’i dari beliau”.
Ini suatu
bukti bahwa Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi adalah seorang yang utama, penyiar
dan penyebar Madzhab Syafi’i Rhl. dalam abad-abadnya yang pertama.
Tersebut dalam
kitab Al Majmu’ halaman 70, kalau ada perkataan “sahabat kita ar Rabi’i” maka
maksudnya adalah Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi ini.
Di dalam
kitab Al Muhadzab tidak ada “Ar Rabi’i selain ar Rabi’i ini, kecuali satu Ar
Rabi’i dalam masalah menyamak kulit yang bukan Ar Rabi’i ini, tetapi Ar Rabi’i
bin Sulaiman al Jizi. (Beliau ini adalah sahabat Imam Syafi’i Rhl. juga).
Al Muzany
(175 – 264 H)
Nama
lengkap beliau adalah Imam Abu lbrahim Ismail bin Yatya Al Muzani, lahir di
Mesir 175 H dan 25 tahun lebih muda dari Imam Syafi’i Rhl.
Imam Syafi’i
Rhl. pernah berkata tentang sahabatnya ini, bahwa Al Muzani adalah pembela
Madzhabnya.
Setelah Imam
al Buwaithi ditangkap maka al Muzany menggantikan kedudukannya dalam halakah
Imam syafi’i itu sampai beliau wafat pada tahun 264 H. (60 tahun terkemudian
dari Imam Syafi’ i Rhl.).
Beliau adalah
seorang ulama yang saleh, zuhud dan rendah hati. Beliau banyak mengarang kitab
fiqih Syafi’ iyah, seumpama :
l. Al Jami’
al Kabir.
2. Al Jami’
as Shagir.
3. Al
Mukhtashar.
4. Al
Mantsur.
5. At Targib
til trmu
6. Kitabul
Watsaiq.
7. Al Masail
al Mu’tabarah.
8. Dan
lain-lain.
Al Humaidi
(wafat 219H)
Nama
langkap beliau adalah Abdullah bin Zuber bin Isa Abu Bakar al Humaidi. Beliau
adalah juga murid langsung dari Iman Syafi’i Rahimahullah.
Beliaulah
yang membawa dan mengembangkan Madzhab Syafi’i ketika di Mekkah, sehingga
beliau diangkat menjadi Mufti Mekkah. Wafat di Mekkah pada tahun 219 H.
Inilah di
antaranya murid-murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl. yang kemudian menjadi
Ulama Besar dan tetap teguh memegang Madzhab Syafi’i.
Dengan
perantaraan beliau-beliau inilah Madzhab Syafi’i tersiar luas ke
pelosok-pelosok dunia Islam terutama ke bagian Timur dari Hijaz, yaitu ke lraq,
ke Khurasan, ke Maawara an Nahr, ke Adzerbaijan, ke Tabristan, juga ke Sind, ke
Afganistan, ke India, ke Yaman dan terus ke Hadaramaut, ke Pakistan, India dan
Indonesia.
Beliau-beliau
ini menyiarkan Madzhab Syafi’i dengan lisan dan tulisan. Selain dari itu ada
dua orang murid Imam Syafi’i Rhl., yaitu Ahmad bin Hanbal, (wafat 241) yang
kemudian ternyata membentuk madzhab sendiri yang kemudian dikenal dengan nama
Madzhab Hanbali. Yang kedua Syeikh Muhammad bin Abdul Hakam, seorang Ulama
murid langsung dari Imain Syafi’i Rhl. yang ilmunya tidak kalah dari al
Buwaithi. Beliau ini pada akhir umurnya berpindah ke Madzhab Maliki dan wafat
dalam tahun 268 H. di Mesir.
Imam
Buawaith(215 – 303 H)
Nama
iengkap beliau adalah Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya al Buwaithi, lahir di desa
Buwaith (Mesir) wafat 231 H.
Beliau ini
adalah murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl sederajat dengan Ar Rabi’i bin
Sulaiman al Muradi.
Imam Syafi’i
berkata: “Tidak seorang juga yang lebih berhak atas kedudukanku melebihi dari
Yusuf bin Yahya al Buwaithi”, dan Imam Syafi’i Rhl. berwasiat, manakala beliau
wafat maka yang akan menggantikan kedudukan beliau sebagai pengajar adalah Al
Buwaithi ini.
Beliau
menggantikan Imam Syafi’i Rhl. berpuluh tahun dan pada akhir umur beliau
ditangkap lantaran persoalan “fitnah Quran”, yaitu tentang makhluk atau
tidaknya Quran yang digerakkan oleh kaum Mu’tazilah.
Akhirnya al
Buwaithi ditangkap oleh Khalifah yang pro faham Mu’tazilah, lalu dibawa dengan
ikatan rantai pada tubuhnya ke Bagdad. Beliau meninggal dalam penjara di Bagdad
tahun 231 H.
Beliau syahid
karena mempertahankan kepercayaan dan i’itiqad beliau, yaitu i’tiqad kaum
ahlussunnah wal Jama’ah yang mempercayai bahwa Quran itu adalah kalam Allah
yang Qadim, bukan “ciptaan Allah”, (makhluk).
0 komentar:
Posting Komentar